Kuala Lumpur : Pelawak Mamat Sepah tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai berhubung konflik yang melanda antara dua sahabatnya iaitu Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu menerusi satu siaran langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Haji Murad, 41, memohon agar orang ramai menghentikan tindakan menghantar mesej peribadi (DM) yang berunsur negatif kepadanya.
"Saya dengan rendah hati dan ikhlas memohon maaf kepada semua. Jadi, yang mana sentiasa masih lagi menghantar DM dengan kata-kata yang tak berapa enak untuk didengar dan dibaca, saya mohonlah untuk kita berhentikan sama-sama.
"Kita sama-sama jadi manusia yang ada kesedaran. Macam saya, saya dah tersedar akan kesilapan saya, jadi kita sama-samalah untuk perbaiki diri kita.








