Paris: Stan Wawrinka mengucapkan selamat tinggal kepada dunia tenis selepas menamatkan karier gemilang selama 24 tahun susulan tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Basel, semalam.
Pemain Switzerland berusia 41 tahun itu mengumumkan awal musim ini bahawa kejohanan ATP 500 di negara kelahirannya itu akan menjadi penampilan terakhir sebagai pemain profesional.
Kekalahan 5-7, 6-7 (2-7) kepada pemain Republik Czech, Jiri Lehecka, sekali gus menutup perjalanan karier Wawrinka yang pernah menjulang tiga gelaran Grand Slam.
Bekas pemain nombor tiga dunia itu, bersama Andy Murray, menjadi antara segelintir pemain yang berjaya memenangi lebih daripada satu gelaran Grand Slam dalam era yang didominasi Roger Federer, Rafael Nadal dan Novak Djokovic.








