KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan jangkaan berlaku kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS semakin berkurangan dalam persekitaran data pekerjaan AS yang lebih lemah daripada jangkaan, sekali gus memberi tekanan kepada dolar AS.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0805/0870 berbanding dolar AS daripada 4.0820/0870 semasa ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata laporan terkini mengenai senarai gaji bukan ladang (NFP) menunjukkan bahawa penawaran pekerjaan di AS adalah lebih rendah daripada jangkaan, dengan hanya 29,000 penciptaan pekerjaan pada September berbanding anggaran konsensus sebanyak 90,000.