Lahad Datu: Sebuah pusat intervensi dan pemulihan khas bagi komuniti pesisir wajar diwujudkan segera bagi membendung gejala penyalahgunaan dadah serta ketagihan menghidu gam secara terbuka dalam kalangan masyarakat Pala'u di daerah ini.
Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Dr Mohammad Yusof Apdal, menegaskan pendekatan itu adalah penyelesaian yang lebih praktikal dan berkesan berbanding kaedah sedia ada yang sekadar menangkap sebelum melepaskan semula golongan terbabit ke laut.
Mohammad Yusof berkata, pusat pemulihan dadah sedia ada direka untuk warganegara yang mempunyai struktur sosial biasa, sementara komuniti Pala'u yang hidup di laut memerlukan pendekatan dan pemulihan psikologi berbeza.
Katanya, ia termasuk menggunakan pendekatan terapi berasaskan alam atau lautan untuk mengalihkan ketagihan mereka kepada tenaga produktif.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F05%2F6dc99e953a008489ed624b32254618ae.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)