Kuala Lumpur: Persatuan Pencipta, Pelaku dan Penerbit (3P Muzik) memberi sokongan kepada Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang meminta penjelasan daripada tiga badan kutipan royalti berhubung tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

Tiga badan berkenaan iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP), Recording Performers Malaysia (RPM) dan Public Performance Malaysia (PPM) mengambil tindakan mahkamah bagi mengetepikan garis panduan badan kutipan royalti dilaksanakan.

Presiden 3P Aris Ariwatan berkata, pemimpin badan kutipan royalti itu harus menjelaskan tindakan mahkamah untuk mengetepikan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menurutnya, tindakan undang-undang tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi oleh dua badan yang diterajui oleh rakan industri.