KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan (SPK) yang dicadangkan perlu diberikan mandat dan kuasa sewajarnya bagi memastikan penubuhannya mampu membawa perubahan sebenar terhadap kebajikan serta pembangunan kerjaya warga kesihatan.

Ahli Dewan Negara, Dr R A Lingeshwaran, berkata penubuhan suruhanjaya itu tidak akan memberikan manfaat sewajarnya sekiranya kuasa penting masih terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, ketiadaan kuasa untuk mewujudkan jawatan baharu serta menentukan sistem saraan dan imbuhan menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan suruhanjaya berkenaan.

"Saya kecewa dengan pendekatan ini. Sejak 2023, saya memperjuangkan penubuhan suruhanjaya ini. Jika kuasa penting masih terletak di bawah JPA dan Kementerian Kewangan, apakah gunanya suruhanjaya ini?