Santos, Brazil: Kapten Santos, Neymar dikenakan penggantungan dua perlawanan selepas menutup mulut ketika bertengkar dengan pemain Bahia dalam saingan Serie A Brazil, Sabtu lalu, menurut Mahkamah Keadilan Sukan Tertinggi Brazil (STJD), semalam.

Pemain berusia 34 tahun itu dilayangkan kad merah selepas bertelagah dengan pemain tengah Bahia, Rodrigo Nestor sebelum tribunal sukan mendapati dia bersalah melanggar peraturan Vinicius Jr. yang melarang pemain menutup mulut ketika berkonfrontasi di atas padang.

STJD berkata, laporan pengadil turut menyatakan Neymar berlari ke arah bangku simpanan pasukan pelawat selepas dilayangkan kad merah untuk bersemuka dengan lawannya, sehingga terpaksa ditenangkan rakan sepasukan dalam perlawanan yang berakhir seri 1-1 itu.