LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola mula menyerlahkan impak sebenar buat pasukan itu selepas mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Liga Inggeris dengan menyingkirkan Chelsea, awal pagi semalam.
Pada aksi awal pagi semalam, The Reds menang 6-5 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada tempoh 120 minit permainan.
Iraola jelas gembira dengan apa yang dijelmakan oleh anak buahnya terutamanya selepas mampu mengatasi cabaran sukar sepanjang saingan EFL musim ini dan dijadualkan bertemu bekas pasukannya, Bournemouth di pentas suku akhir.
“Sejujurnya, saya ada bercakap mengenainya (bersama pegawai media) dan saya katakan, perkara yang saya tidak mahu adalah menentang Bournemouth. Ia aksi yang cukup istimewa dan mereka juga cukup mengenali saya.








