SHAH ALAM – Operasi sebuah pusat karaoke (KTV) yang menawarkan khidmat gadis peneman atau GRO warga asing secara tersembunyi di sebuah pusat beli-belah suram di Klang terbongkar dalam serbuan Jabatan Imigresen (JIM) Selangor, malam tadi.

Lebih mengejutkan, setiap GRO dipercayai dihantar ke premis itu setiap hari menerusi ejen bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat wanita peneman.

Premis di tingkat tujuh itu mempunyai kira-kira 20 hingga 30 bilik dengan kadar sewaan antara RM4,000 hingga RM5,000 setiap satu, selain menggunakan lif khas bagi memb