KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru ibu bapa supaya lebih peka dan bertanggungjawab memantau tingkah laku anak-anak supaya tidak terjerumus dalam gejala tidak sihat.
Perdana Menteri berkata, beliau bimbang dengan masa depan generasi muda jika ibu bapa hanya menyerahkan nasib anak mereka kepada keadaan, tanpa mengawal atau mendidik mereka.
Seruan itu susulan beberapa isu yang dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet pagi tadi, antaranya menyentuh mengenai penyakit mental dan masalah ketagihan dadah yang perlu ditangani.
"Ibu bapa ambil tanggungjawab. Tengok anak-anak ini semua bersih, tunjuk kasih sayang yang baik, sangat menyentuh perasaan saya.









