​KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) memaafkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) berhubung tindakan pendakwaan isu pencerobohan tanah yang disifatkan tidak berasas terhadap pertubuhan itu sebelum ini.

Pengerusi PPNP, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, keputusan tersebut dibuat kerana PPNP tidak mahu bermusuh dengan UPNP, selain bersyukur kerana keputusan mahkamah akhirnya berjaya membersihkan semula nama baik pertubuhan berkenaan.

​Beliau menjelaskan bahawa, tindakan undang-undang ke atas PPNP sebelum ini berkemungkinan berpunca daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengelirukan UPNP dengan melemparkan tuduhan palsu kononnya PPNP adalah penceroboh tanah.