WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam berkata bahawa Washington telah melumpuhkan sebahagian besar kekuatan tentera Iran, namun masih perlu ‘menyelesaikan’ satu atau dua sasaran termasuk sebuah tapak nuklear yang disyaki dikenali sebagai Pickaxe Mountain.
Trump menegaskan bahawa rundingan dengan Iran untuk menamatkan peperangan yang dimulakan oleh AS dan Israel pada penghujung Februari sedang ‘berjalan lancar tetapi anda tahu mereka tidak begitu boleh dipercayai’.
Beliau mengulangi bahawa AS tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan serangan kerana ia telah melumpuhkan program nuklear dan ketenteraan Iran.
“Kami telah melumpuhkan nuklear mereka. Kami masih perlu menyelesaikan, saya boleh katakan satu atau dua tapak, tetapi kami boleh melakukannya dalam masa 10 minit.








