PETALING JAYA – Aksi pemandu van yang berhenti membayar tol meskipun kenderaan yang dipandunya dikejar pihak berkuasa mengundang pujian pengguna media sosial.

Ini kerana kata pengguna, meskipun sedang melakukan kesalahan, pemandu van tersebut masih menghormati peraturan jalan raya dan berusaha untuk membayar tol.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @Nyzamferiy telah berkongsi klip video yang memaparkan aksi pemandu van tersebut.

“Tular rakaman CCTV sebuah van yang dikejar polis sehingga tiba di plaza tol. Sempat pula berhenti untuk membuat bayaran tol sebelum cuba melarikan diri semula.