Parlimen Tuaran merangkumi empat kawasan Dewan Undnagan Negeri DUN iaitu Kiulu, Tamparuli, Sulaman dan Pantai Dalit
Key takeaways
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, menegaskan dialog berkala dengan penduduk sebagai pendekatan berkesan untuk menyelesaikan masalah. Beliau mengakui masih banyak projek pembangunan yang perlu dilaksanakan di kawasan tersebut.
- Madius telah berkhidmat sebagai wakil rakyat Tuaran selama lima penggal tanpa merasa bosan mendengar suara penduduk.
- Parlimen Tuaran merangkumi empat kawasan DUN iaitu Kiulu, Tamparuli, Sulaman dan Pantai Dalit.
- Kawasan Kiulu dan Tamparuli menjadi tumpuan utama bagi projek pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
“Dialog dengan pemimpin masyarakat dan penduduk kampung secara kerap adalah pendekatan berkesan yang saya lakukan untuk mengetahui permasalahan mereka hadapi.
“Pendekatan itu juga memudahkan tindakan untuk mencari penyelesaian apa yang mereka suarakan kepada kerajaan,” kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Beliau yang menjadi wakil rakyat Tuaran selama lima penggal itu tidak kekok dan bosan dengan suara penduduk diwakilinya sepanjang tempoh perkhidmatannya di kawasan itu.
Madius mengakui masih banyak perlu dilakukan dan dilaksanakan untuk Tuaran. Namun semua itu tidak mampu dizahirkan sekelip mata, sebaliknya memerlukan waktu panjang, perancangan dan ketelitian memandangkan kawasan Tuaran adalah luas.