PELUMBA Ducati Lenovo Team, Marc Marquez mengukuhkan cengkamannya dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP 2026 selepas muncul juara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini pada Ahad.Pelumba Sepanyol itu yang memulakan perlumbaan dari petak kedua mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya merampas kedudukan pendahuluan di selekoh pertama selepas memintas adiknya, Alex Marquez dari pasukan BK8 Gresini Racing MotoGP yang bermula di petak utama.Pelumba berusia 33 tahun itu mengekalkan rentak konsisten sepanjang perlumbaan 20 pusingan meskipun berdepan cuaca panas dan lembap sebelum melintasi garisan penamat dengan catatan masa 40 minit 14.23 saat.Kemenangan itu merupakan kejayaan ketujuh Marc Marquez musim ini sekali gus membolehkannya mengumpul 399 mata, iaitu 44 mata mengatasi pencabar terdekat, Jorge Martin dari pasukan Aprilia Racing.Martin bagaimanapun terpaksa menarik diri daripada perlumbaan GP Malaysia ketika masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan pergelangan tangan.Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala Alex Marquez melengkapkan podium di kedudukan ketiga.Marc Marquez berkata, beliau memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang minggu perlumbaan bermula sesi latihan bebas pertama (FP1) bagi mencari had kemampuan jentera dan dirinya."Saya sangat fokus sepanjang minggu ini. Sejak FP1, saya turun ke litar seolah-olah sedang melakukan sesi kelayakan masa sebelum cuba mencari had kemampuan ketika latihan kerana sudah tiba masanya untuk mengambil risiko."Kami berjaya melakukannya dan memperoleh perlumbaan yang sempurna. Saya sangat gembira, namun mentaliti saya tidak boleh berubah. Saya perlu terus fokus dan berusaha lebih keras."Masih ada beberapa perlumbaan berbaki dan banyak perkara boleh berlaku, jadi kami perlu kekal memberikan tumpuan sepenuhnya," katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad.Saingan MotoGP 2026 akan diteruskan menerusi GP Qatar pada 6 hingga 8 November, diikuti GP Portugal (20 hingga 22 November) dan GP Valencia (27 hingga 29 November). - Bernama
MotoGP 2026: Marc Marquez ungguli GP Sepang

Key takeaways
Marc Marquez menang di GP Sepang 2026 dan memperkuat kedudukannya dalam kejuaraan MotoGP 2026.
- Marc Marquez menang GP Sepang 2026 dengan mencatatkan masa 40 minit 14.23 saat.
- Kemenangan ini memberinya 399 mata, 44 mata di hadapan Jorge Martin.
- Jorge Martin terpaksa menarik diri akibat kecederaan pergelangan tangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Bernama , Malay Mail
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Marc Marquez raih petak utama MotoGP Australia
- Paul Tan's Automotive News Pedro Acosta wins 2026 Malaysian MotoGP Sprint, Marc Marquez extends title lead
- Sinar Harian MotoGP 2026: Marc Marquez ungguli GP Sepang (this story)
- Paul Tan's Automotive News Marc Marquez wins 2026 Malaysian MotoGP, closes in on eighth world title






