KUALA LUMPUR: Pemain nombor empat dunia dari Jepun, Miyu Yamashita membuktikan statusnya sebagai antara pemain terbaik dunia apabila mempertahankan kejuaraan Kejohanan Golf Maybank LPGA 2026 di Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur (KLGCC), Bukit Kiara, di sini hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan Miyu melakar sejarah apabila muncul juara buat kali kedua berturut-turut selepas turut mengungguli kejohanan berkenaan pada edisi tahun lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang empat pusingan untuk mengekalkan penguasaan di kelompok hadapan sebelum menamatkan saingan dengan jumlah keseluruhan 22 di bawah par 266.

Miyu memulakan kempen dengan cemerlang apabila mencatatkan tujuh di bawah par 65 pada pusingan pertama sebelum meneruskan momentum menerusi enam di bawah par 66 pada pusingan kedua.