Abdul Karim Rahman Hamzah kata rakyat Sarawak tidak terlalu menekangkan agama atau kaum, kerana perpaduan dan kesejahteraan rakyat serta pembangunan lebih penting.PETALING JAYA: Seruan kepada orang ramai agar mengundi mengikut garis kaum berisiko memburukkan lagi jurang sosial dan tidak memupuk perpaduan nasional, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Abdul Karim Rahman Hamzah.
Merujuk kepada landskap politik di Semenanjung, Karim berkata parti-parti yang mewakili masyarakat Melayu dan Cina telah memburukkan perpecahan masyarakat.
Karim berkata, menjelang PRN Negeri Sembilan, orang Melayu diminta untuk menyokong calon Melayu dan parti berteraskan Melayu. Taktik sedemikian akan "memburukkan lagi keretakan sedia ada dalam masyarakat".






