SEPANG: Honda mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan komitmennya untuk tetap menyertai saingan MotoGP Qatar.
Grand Prix (GP) Qatar sebelum ini berada dalam situasi tidak menentu susulan perang di Asia Barat membabitkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang bermula pada Februari.
Pada awalnya, perlumbaan itu ditangguhkan sehingga November dengan andaian konflik berkenaan akan reda atau berakhir pada ketika itu.
Bagaimanapun, perlumbaan kini hanya berbaki seminggu dan konflik berkenaan masih berterusan. Situasi itu sememangnya reda untuk satu tempoh, namun terdapat laporan menyatakan konflik berkenaan mungkin tercetus semula minggu ini selepas pilihan raya pertengahan penggal di AS.









