Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh, berkata kerajaan negeri tidak pernah mencatatkan perbelanjaan melebihi pendapatan sepanjang tempoh pentadbirannya.PETALING JAYA: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh nafi 55 projek bermasalah di Melaka termasuk belanja kerajaan yang didakwa meningkat tiga kali ganda berbanding hasil.
Katanya, sebahagian projek bermasalah itu diwarisi pentadbiran terdahulu, manakala kebanyakannya berada di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) peringkat persekutuan.
Katanya, urusan pelantikan kontraktor, penyerahan kerja, dan pemantauan projek terbabit dikendalikan kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri tetap berusaha menangani masalah berkenaan.
"Ada projek daripada kerajaan negeri yang saya warisi untuk saya betulkan sekarang. Yang kedua, projek-projek yang berstatus masalah ini kebanyakannya projek daripada ICU federal (persekutuan).









