PETALING JAYA – Belum sampai 24 jam keadaan banjir dilaporkan surut, penduduk di Kampung Baru Subang di sini sekali lagi berdepan situasi air mula naik hari ini.
Perkembangan itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @lxmonadxjuicxx yang memaklumkan keadaan air mula meningkat di kawasan berkenaan.
Menerusi ruangan komen, seorang pengguna bertanyakan lokasi tepat kejadian sebelum pemilik hantaran menjelaskan kawasan berhadapan stesen minyak Petronas di laluan menghala ke Proton.
Pengguna berkenaan turut memaklumkan hujan sudah tidak lebat, namun masih renyai-renyai, manakala laluan di hadapan Proton dilaporkan










