KUALA LUMPUR: SP Setia Bhd (Setia) dan Gentari menerusi anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka kerjasama strategik dalam penyelesaian tenaga bersih dan mobiliti hijau, termasuk potensi penyediaan kemudahan pengecas kenderaan elektrik (EV) di pembangunan terpilih Setia.
Di bawah MoU itu, kedua-dua pihak akan membincangkan peluang berkaitan pengenalpastian, penilaian kebolehlaksanaan, pemasangan, pengendalian serta penyelenggaraan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di lokasi Setia yang dikenal pasti.
Kerjasama berkenaan turut merangkumi usaha bersama bagi menggalakkan penggunaan EV, meningkatkan keterlihatan serta akses kepada infrastruktur pengecasan EV dan meneroka peluang kerjasama perniagaan pada masa depan dalam penyelesaian tenaga bersih dan mobiliti hijau di seluruh kumpulan Setia.









