London: Penyerang Norway, Erling Haaland mula menunjukkan tanda keletihan fizikal selepas mengharungi jadual perlawanan padat bersama kelab dan negara.

Pemain Manchester City berusia 26 tahun itu dikeluarkan pada minit ke-67 ketika Norway tewas 1-2 kepada Portugal dalam aksi Kumpulan A4 Liga Negara-Negara, Ahad lalu.

Pengendali Norway, Stale Solbakken mengakui Haaland sudah terlalu penat selepas melalui jadual perlawanan yang padat sejak beberapa bulan lalu.

"Dia benar-benar sudah kehabisan tenaga. Sesetengah pemain saya hanya mendapat cuti enam atau tujuh hari.

"Selepas itu terus memulakan musim, diikuti kejohanan kecil. Ia satu beban yang sangat berat," kata Solbakken.