SHAH ALAM - Syarikat terlibat perlu menanggung kerugian sebenar dialami pengguna sekiranya siasatan mengesahkan pencemaran petrol RON95 berlaku akibat kecuaian dalam rantaian pembekalan atau penyimpanan bahan api tersebut.Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr T Saravanan berkata, secara asasnya pembayaran secara ihsan merupakan langkah permulaan yang baik dalam melindungi pengguna tetapi ia tidak seharusnya dianggap sebagai penyelesaian terakhir sekiranya kerosakan terbukti berpunca daripada petrol tercemar.Menurutnya, bayaran yang perlu diambil kira bukan sahaja melibatkan kos membaiki enjin, malah turut melibatkan aspek lain seperti caj menunda kenderaan, pemeriksaan teknikal, penggantian komponen rosak dan perbelanjaan pengangkutan alternatif munasabah."Bagi pengguna yang bergantung kepada kenderaan untuk mencari rezeki seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan, kehilangan pendapatan yang dapat dibuktikan juga wajar dipertimbangkan."FOMCA juga berpandangan penerimaan bayaran secara ihsan tidak sepatutnya secara automatik menjejaskan hak pengguna untuk membuat tuntutan lanjut yang sah sekiranya jumlah bayaran tersebut tidak mencukupi," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali sebelum ini berkata, dua syarikat pembekal bahan api, Petron dan Chevron pemilik jenama Caltex mula melaksanakan pembayaran ganti rugi secara ihsan kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan enjin, susulan isu pencemaran bahan api berkenaan.Mengulas lanjut mengenai bayaran ihsan berkenaan, Saravanan menegaskan, proses pembayaran itu perlu dilaksanakan secara telus dan segera tanpa membebankan pengguna dengan terlalu banyak prosedur atau dokumen yang sukar diperoleh."Lebih penting ialah memastikan semua pengguna yang benar-benar terjejas mendapat layanan yang adil dan tiada yang tercicir daripada proses tuntutan," katanya.Ditanya sama ada kerajaan wajar mewujudkan mekanisme pampasan mandatori yang mewajibkan syarikat minyak membayar ganti rugi apabila pencemaran bahan api terbukti berpunca daripada kecuaian dalam rantaian bekalan, Saravanan menyokong cadangan tersebut.Menurutnya, pada masa ini pengguna mungkin perlu berurusan dengan pengusaha stesen minyak, syarikat petroleum atau melalui proses tuntutan yang mengambil masa sehingga membebankan mereka.Ujar beliau, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh mempertimbangkan satu prosedur pampasan standard yang menetapkan tempoh penyelesaian tuntutan, kaedah penilaian kerosakan dan tanggungjawab pihak yang terbukti menyebabkan pencemaran."Sebagai contoh, apabila pencemaran di sesebuah stesen minyak disahkan, pengguna yang mempunyai bukti pembelian dalam tempoh terlibat dan laporan kerosakan berkaitan sepatutnya diberikan proses tuntutan lebih mudah," katanya.Selain itu, FOMCA turut mencadangkan supaya penilaian teknikal dilakukan oleh pihak bebas sekir
Bayar ikut kerosakan sebenar - FOMCA

Key takeaways
Syarikat perlu bayar kerugian sebenar pengguna jika pencemaran petrol RON95 disahkan berlaku. FOMCA menekankan keadilan dalam proses bayaran.
- Pengguna yang terjejas perlu diberi bayaran sebenar kerugian, termasuk kos membaiki enjin dan kehilangan pendapatan.
- Pembayaran ihsan tidak boleh menggantikan hak pengguna untuk membuat tuntutan lanjut jika perlu.
- Proses pembayaran perlu telus, segera, dan tidak membebankan pengguna dengan prosedur rumit.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Perancis paksa perusuh bayar ganti rugi kerosakan
- Free Malaysia Today Caltex, Petron mula bayar ihsan bagi dakwaan kerosakan akibat RON95
- Sinar Harian Bayar ikut kerosakan sebenar - FOMCA (this story)








