MERSING: Pemuda 19 tahun ditemukan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke Sungai Sekakap di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya terima maklumat jam 11.15 malam, sebelum mayat mangsa ditemukan, jam 7.50 pagi tadi.

"Kejadian disahkan. Pencarian dimulakan malam tadi di lokasi dan mayat ditemukan jam 7.50 pagi ini," katanya dihubungi.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian, jam 11.26 malam.