SHAH ALAM – Kos sara hidup dan keperluan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) menjadi antara cabaran dihadapi mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan, khususnya dalam memastikan pengajian dapat diteruskan tanpa kekangan kewangan.Menyedari cabaran itu, Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) menjadi bantuan bermakna kepada mahasiswa seperti Nur Farhana Bisminoor dan Muhammad Khairil Amir Zahrul dalam menampung keperluan sepanjang pengajian, sekali gus mengurangkan beban keluarga masing-masing.Bagi Nur Farhana,19, bantuan berkenaan amat bermakna memandangkan keluarganya hanya bergantung kepada pendapatan bapa sekitar RM1,500 sebulan.Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, ibunya merupakan suri rumah, manakala beliau mempunyai empat adik-beradik lain yang turut menjadi tanggungan keluarga.Menurutnya, pemilihan sebagai penerima BAeK PTPTN memberikan kelegaan kepada ibu bapanya kerana dapat mengurangkan beban kewangan dalam menampung perbelanjaan pengajian."Biasiswa ini sangat bermakna kerana dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga, terutamanya ayah saya yang merupakan satu-satunya pencari nafkah."Saya juga berasa lega kerana bantuan ini dapat mengurangkan sedikit tanggungan ibu bapa dalam menampung perbelanjaan pengajian saya," katanya kepada Sinar Harian.Nur Farhana yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka berkata, bantuan itu membolehkannya memberikan lebih tumpuan kepada pelajaran tanpa terlalu memikirkan masalah kewangan.Beliau berkata, wang biasiswa itu boleh digunakan untuk menampung keperluan harian, pengangkutan dan pembelajaran sepanjang berada di universiti.Sementara itu, Muhammad Khairil Amir Zahrul berkata, biasiswa berkenaan turut memberikan kelegaan kepada keluarganya yang bergantung kepada pendapatan bapa sebagai penoreh getah.Ujar anak sulung daripada tiga beradik itu, ibunya merupakan suri rumah dan bantuan tersebut amat bermakna kerana ibu bapanya masih perlu menanggung perbelanjaan persekolahan adiknya.Menurutnya, peluang menerima biasiswa itu membolehkannya meneruskan pengajian Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di UiTM Kampus Alor Gajah dengan lebih fokus tanpa terlalu memikirkan masalah kewangan."Biasiswa ini sedikit sebanyak mengurangkan beban saya dan keluarga. Ia amat bermakna kerana saya masih mempunyai adik yang bersekolah dan bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa."Pada pandangan saya, biasiswa ini mampu membuatkan pelajar kurang memikirkan masalah kewangan sekali gus membolehkan kami lebih fokus ketika meneruskan pengajian," katanya.Khairil Amir berkata, beliau menyasarkan untuk mengambil kelayakan profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) selepas menamatkan pengajian sebelum membina kerjaya di salah sebuah firma perakaunan Big Four."Pesanan untuk pelajar lain yang kurang berkemampuan seperti saya, jangan putus asa untuk menjadi seseorang yang boleh mengubah kehidup
BAeK PTPTN: Pelaburan mengubah masa depan anak eKasih

Key takeaways
BAeK PTPTN membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan mengurangkan beban kewangan semasa pengajian.
- BAeK PTPTN memberi bantuan kewangan kepada pelajar daripada keluarga miskin.
- Nur Farhana, pelajar diploma, menerima bantuan ini untuk mengurangkan tanggungan ibu bapa.
- Bantuan ini membolehkan pelajar fokus kepada pengajian tanpa masalah kewangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PTPTN perinci mekanisme tangguh bayaran balik, umum dalam masa terdekat
- Sinar Harian BAeK PTPTN: Pelaburan mengubah masa depan anak eKasih (this story)








