KUALA LUMPUR: Parti Bersama pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli, yang dijangka membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk menyertai PRN Melaka dengan 16 calon, hanya membazirkan wang ahli-ahli parti itu.

Wakil Sekretariat Bangkit Nasional (BANGKIT), Khairul Azam Abdul Hamid berkata, penolakan rakyat terhadap parti tersebut sudah mula dirasakan menerusi jumlah penonton yang datang untuk mendengar ceramah-ceramah kesemua calon parti tersebut yang hanya berkisar sekitar puluhan orang sahaja.

“Ya, saya rasa ia adalah cerminan awal yang boleh disaksikan sama ada parti tersebut mendapat sambutan daripada pengundi atau sebaliknya.

“Penonton hanya datang sekejap sahaja malah ada juga penonton yang bosan menunggu pimpinan utama berucap mengambil keputusan untuk meninggalkan ceramah lebih awal,” katanya hari ini.