KUALA LUMPUR: Penyanyi yang sinonim dengan lagu Alasan Untuk Bahagia, Asfan Shah, mencuri perhatian apabila tampil dengan imej rambut berwarna merah jambu, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, termasuk kemungkinan mahu mengikut jejak penyanyi K-pop.

Bagaimanapun, perubahan penampilan itu bukanlah bertujuan meraih perhatian atau mencuba nasib dalam dunia muzik Korea Selatan, sebaliknya sebahagian daripada karakter yang bakal dibawanya menerusi konsert Malam Drama Manusia, Januari tahun depan.

Asfan berkata, imej berkenaan dipilih bagi menyelaraskan penampilannya dengan konsep fantasi atau fairytale yang menjadi tema persembahan bersama kumpulannya, Asfan Shah & Manusia, dan Drama Band di Zepp Kuala Lumpur.