KUCHING: Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Petra Jaya disasar mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata usaha keras jentera parti diharap dapat diterjemah menerusi kemenangan bergaya.
"Semua DUN kawasan Petra Jaya, pastikan kita mesti menang besar bagi mengukuhkan keyakinan kita menghadapi pilihan raya Parlimen akan datang," katanya pada Majlis Makan Malam Santai Pemuda Belia Petra Jaya di sini, malam tadi.
Untuk rekod, Gabungan Parti Sarawak (GPS) diwakili calon PBB menyapu bersih ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Petra Jaya pada PRN Sarawak pada 2021.








