BERLIN: Bayern Munich dan Borussia Dortmund terus menguasai persaingan di puncak Bundesliga selepas kedua-duanya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Mainz dan Elversberg, awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan kini mengumpul 21 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan, dengan juara bertahan Bayern mendahului berdasarkan kelebihan perbezaan jaringan.
Bayern dan Dortmund sebelum ini terikat 2-2 dalam pertembungan di Munich, Sabtu lalu, sekali gus menyaksikan persaingan merebut kedudukan teratas terus sengit.
Di gelanggang Mainz, Bayern meraih kemenangan hasil jaringan Joshua Kimmich dan Lennart Karl, manakala jaringan Phillip Tietz dalam masa kecederaan hadir terlalu lewat untuk tuan rumah memburu kebangkitan.








