Menteri Luar Itali Antonio Tajani pada Sabtu berkata penjenayah siber telah membocorkan maklumat peribadinya di web gelap dan sedang mencari maklumat lanjut mengenai beliau serta keluarganya, sekali gus mendedahkan mereka kepada “ancaman dan ugutan baharu”, lapor Anadolu Ajansi.
Menerusi hantaran di platform media sosial X, Tajani berkata pihak yang bertanggungjawab telah menyebarkan maklumat peribadinya sejak beberapa hari lalu dan menawarkan bayaran bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai beliau serta orang tersayang.
“Reaksi saya amat mudah: Saya tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk ugutan,” katanya.
Tajani mengaitkan tindakan yang didakwa menyasarkannya itu dengan sokongan Itali terhadap Ukraine.

%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FDeepavalieditorialillustration7Nov20261010pm_462582.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FScissorsandCordsEditorialFrame_388699.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F12%2F08240977da8d99d1b9c460dbfdf812c2.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F07%2Feb7d48ea567ca84a0effae9d3f58da5b.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMohdDusukiMokhtar20261006_691083.png&w=480&output=webp&q=85&we)


