TANGGA BATU: Faktor usia tidak seharusnya menjadi penghalang kepada golongan muda untuk diberi peluang memimpin dan membawa perubahan, selagi mereka mempunyai rekod khidmat serta komitmen terhadap masyarakat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata kemampuan seseorang calon tidak wajar dinilai berdasarkan usia semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira pengalaman, rekod kerja dan kesungguhan berkhidmat kepada rakyat.
Beliau berkata, tanggapan golongan itu tidak mempunyai pengalaman hanya kerana usia masih muda perlu diubah bagi membuka ruang kepada lebih ramai generasi baharu dalam kepemimpinan.
"Takkan umur 60 saja ada pengalaman? Yang ini umur tak sampai 30 lagi tak ada pengalaman, jadi tak boleh kita ketengahkan?









