Kuala Lumpur : Tidak mampu memberikan komitmen sepenuhnya, penyanyi, Hafiz Suip tidak akan menyertai program Gegar Vaganza (GV) Fantasia yang bermula pada hari ini.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, berkata, keputusan berkenaan terpaksa ditolak kerana perlu menumpukan perhatian kepada isterinya, Fiona Saffiyya yang kini hamil.

"Apa yang saya boleh katakan, amat menghampakan peminat di luar sana apabila saya tidak menyertai GV Fantasia. Salah satu sebabnya, saya tak berani nak beri komitmen separuh jalan.

"Sekarang ini isteri saya sedang sarat mengandung. Saya pula, kalau bekerja memang akan sentiasa berikan 100 peratus.