Langkawi: Beberapa lokasi pelancongan popular di pulau peranginan, di sini, menjadi tumpuan pengunjung yang mengambil kesempatan bercuti sempena sambutan Deepavali dan cuti hujung minggu hari ini.
Tinjauan di beberapa lokasi mendapati pengunjung sanggup beratur panjang sejak awal pagi bagi menikmati pelbagai tarikan yang ditawarkan termasuk menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Machinchang dan mengunjungi pusat tarikan hidupan marin.
Di Oriental Village, pengunjung mula berkumpul pada 7 pagi untuk menaiki Langkawi SkyCab ke puncak Gunung Machinchang, walaupun perkhidmatan kereta kabel itu hanya memulakan operasi pada 9 pagi.
Pengunjung, Rafizah Mohd Salleh, 36, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan berkata, dia mengambil kesempatan cuti Deepavali untuk melancong ke Langkawi bersama lima ahli keluarganya.








%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FJoyfulPodcastConversationwithShureMicrophone_857516.png&w=480&output=webp&q=85&we)

