KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dua kereta terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) , Desa Melawati di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.48 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dan Honda Civic.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohamad Arif Nasarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dengan bantuan BBP Setapak ke lokasi kejadian.Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi lima minit kemudian dan mendapati dua lelaki tersepit di dalam kenderaan masing-masing."Seorang mangsa lelaki berusia 19 tahun yang menaiki Proton Wira mengalami kecederaan patah kaki kiri serta luka di bahagian tangan dan kepala."Seorang lagi mangsa lelaki berusia 43 tahun yang menaiki Honda Civic mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, anggota bomba menggunakan Peralatan Kemalangan Jalan Raya (RTA) bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.Katanya, mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan lanjut.
Lelaki maut kemalangan dua kereta di MRR2

Key takeaways
Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera dalam kemalangan dua kereta di MRR2 pada Ahad pagi.
- Kemalangan melibatkan Proton Wira dan Honda Civic di Jalan Lingkaran Tengah 2.
- Seorang lelaki berusia 19 tahun cedera patah kaki dan luka kepala.
- Seorang lelaki berusia 43 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Warga emas maut, enam cedera dalam kemalangan dua kereta
- Sinar Harian Lelaki maut kemalangan dua kereta di MRR2 (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FJoyfulPodcastConversationwithShureMicrophone_857516.png&w=480&output=webp&q=85&we)

