Kuala Lumpur: Pesara kerugian sebanyak RM179,490 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar menjadi pegawai polis dan mendakwa kononnya mangsa terbabit dengan pengubahan wang haram serta pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, warga emas berusia 73 tahun itu mulanya dihubungi dua individu yang menyamar sebagai Datuk Salawati dan Datuk Nik Ezanee.
Menurutnya, suspek mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.
"Mangsa seterusnya diarahkan menyerahkan kad bank, wang tunai dan barangan kemas kepada individu tidak dikenali untuk diserahkan kepada pihak polis kononnya bagi tujuan siasatan pada 8 September lalu.









