PETALING JAYA – “Pagi ni Malaysia jerebu teruk gila. Ingat kabus, sebab semalam hujan lebat.”

Itu perkongsian seorang lelaki tentang situasi terkini keadaan jerebu di Malaysia yang disifatkan sebagai ‘sangat teruk’.

Menggunakan profil @Adiazwari di media sosial, dia turut berkongsi keadaan berkenaan menerusi satu hantaran bersama beberapa gambar di sekitar ibu negara.

“KLCC, Menara Kuala Lumpur, TRX semua tak nampak langsung. Yang keluar rumah pergi kerja tu, nampak jalan tak?” soalnya.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata turut mengeluh kerana masih terpaksa menghadap keadaan berjerebu sehingga ke hari ini.