Kami penduduk di sekitar Seksyen 13, Shah Alam berharap pihak berkuasa dapat memberi perhatian serius terhadap masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan kediaman kami.
Setiap kali hujan lebat, kami mula berasa bimbang dan risau sekiranya rumah sekali lagi dinaiki air.
Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda, malah turut meninggalkan kesan trauma kepada penduduk.
Kejadian banjir sebelum ini turut menyebabkan beberapa buah kenderaan terjejas, malah ada kereta yang mengalami kerosakan sehingga terpaksa ditunda.









