Tehran: Pemimpin tertinggi Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel bahawa sebarang ancaman serangan baharu akan dibalas dengan tindakan ketenteraan.
Ia susulan ancaman kedua-dua negara untuk menyambung semula serangan selepas pilihan raya penting, ketika kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya semula peperangan semakin meningkat.
Presiden Donald Trump memberi bayangan kemungkinan melancarkan tindakan ketenteraan baharu selepas AS mengadakan pilihan raya pertengahan penggal pada awal minggu depan.
Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata pada Sabtu: "Jika terdapat penyelesaian diplomatik, kami terbuka kepadanya."









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2F1228624c5e6aed7c1e9f1aac9e5e3548.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
