KUALA LUMPUR: Belum cukup dikenali dan masih dalam fasa membina nama, pelakon Ezaidi Aziz tidak mahu bersikap terlalu memilih dalam menerima tawaran lakonan, sebaliknya menjadikan nilai serta mesej sesebuah naskhah sebagai keutamaan.
Ezaidi atau nama lengkapnya, Mohamed Ezaidi Ab Aziz, 31, berkata dia terbuka untuk menjayakan pelbagai jenis karya selagi jalan cerita diketengahkan mempunyai nilai dan pengajaran yang boleh dikongsi bersama penonton.
Menurut pelakon drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar itu, dia sedar kedudukannya yang masih baharu dalam industri seni, justeru tidak melihat alasan untuk meletakkan kriteria terlalu tinggi terhadap tawaran yang diterima.
"Siapalah saya ini kalau hendak terlalu memilih, masih ramai yang belum kenal saya. Saya masih baharu dalam industri, itu sahaja yang boleh saya cakap. Sebab itu, saya tidak kisah menerima tawaran berlakon dalam apa sahaja drama.










