KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 7.3 peratus kepada 31,657 tan metrik pada September 2026 berbanding 29,510 tan pada Ogos 2026.
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 18.8 peratus berbanding 26,647 tan pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
"Pengeluaran getah asli Malaysia pada September 2026 disumbangkan terutamanya oleh pekebun kecil, iaitu 89.5 peratus, berbanding estet (10.5 peratus)," menurut DOSM dalam laporan Perangkaan Getah Bulanan hari ini.
Mengenai stok, DOSM melaporkan jumlah stok getah asli meningkat 5.6 peratus kepada 142,523 tan pada September 2026 berbanding 135,016 tan pada Ogos 2026.









