Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mula menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di kediamannya di Taman Duta hari ini selepas singgah di Penjara Kajang, kata peguamnya.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pegawai penjara akan membacakan syarat tahanan rumah kepada bekas perdana menteri itu di Penjara Kajang sebelum membawanya pulang.

"Itulah perancangannya dan itulah yang dimaklumkan kepada saya oleh pegawai yang bertanggungjawab dari pihak penjara," katanya ketika ditanya sama ada Najib akan pulang ke rumah sebelum penghujung hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Tinggi.