KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan bekas Perdana Mente­ri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghabiskan baki hukuman penjara kes pe­nyelewengan SRC International di rumah berkuatkuasa serta-merta sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan itu mengetepikan perintah mahkamah sebelum ini yang menangguhkan kebenaran tahanan di rumah itu ekoran kekeliruan istilah ‘di­le­­pas­kan serta-merta’ dalam perintah terdahulu.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin mengetepikan perintah mahkamah pada 6 November lalu dan mengeluarkan perintah ba­haru membenarkan bekas Perdana Men­teri itu menjalani baki hukuman pen­jara secara tahanan di rumah.

Perintah baharu itu bagi memperjelaskan pelaksanaan hukuman berkenaan selaras dengan Pe­rin­tah Pengampunan Bersyarat yang di­te­rima bekas Ahli Parlimen Pekan itu.