JERANTUT: Aktiviti perjudian se­­cara dalam talian dan kegiatan tidak bermoral yang didakwa berlaku di beberapa premis hiburan sekitar bandar ini dibantah kerana dikhuatiri menjejaskan imej daerah ber­kenaan.

Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, aduan dan kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat di daerah ini berhubung dakwaan itu tidak boleh dipandang ringan khususnya oleh pihak berwajib.

“Perkara ini melibatkan kepentingan masyarakat, keselamatan persekitaran dan imej bandar Jerantut sebagai sebuah bandar yang menjadi tumpuan penduduk dan pengunjung.

“Saya ingin menegaskan bahawa sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang, termasuk perjudian, penyalahgunaan dadah dan kegiatan tidak bermoral perlu ditangani secara tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.