zanariah_mutalib@bh.com.my
Kuala Lumpur: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan mendapat akses bilik kawalan yang menempatkan lebih 5,000 unit sistem kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata hasil perbincangan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), syarikat itu bersetuju supaya AKPS diberikan autoriti berkenaan bagi memperkukuh aspek keselamatan di pintu masuk negara itu.
Katanya, bilik kawalan berkenaan adalah di bawah pengurusan MAHB bagi tujuan pemantauan penumpang di lapangan terbang, namun tidak khusus kepada aspek keselamatan.









