PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Sabah sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, luruan monsun dijangka memasuki rantau negara sehingga esok sekali gus berpotensi membawa hujan lebat berterusan khususnya di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.

Menurutnya, analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan keadaan tersebut berpotensi menyebabkan hujan berterusan di beberapa kawasan yang dikenal pasti.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan tujuh daerah di Kelantan iaitu Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah.