Agensi Angkasa Malaysia memaklumkan roket Long March 12 dilancarkan dari Hainan International Commercial Launch Center di Wenchang, Hainan, China tepat pada 4.24 pagi waktu tempatan. (Gambar Threads ) KOTA KINABALU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengesahkan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada awal pagi Isnin lepas berpunca daripada operasi pelancaran roket milik China.

Dalam kenyataan hari ini, MYSA memaklumkan roket Long March 12 dilancarkan dari Hainan International Commercial Launch Center di Wenchang, Hainan, China tepat pada 4.24 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan itu, Agensi Angkasa Filipina (PhilSA) turut mengenal pasti kebarangkalian serpihan objek daripada misi pelancaran tersebut jatuh dalam zon jatuhan di perairan kepulauan negara berkenaan.