PETALING JAYA – Keadaan jerebu rentas sempadan dijangka mula berkurangan mulai Jumaat ini (9 Oktober) susulan hujan lebat dan perubahan arah pergerakan angin apabila negara memasuki fasa peralihan monsun.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip berkata, fasa peralihan monsun dijangka bermula 9 Oktober dan berterusan sehingga penghujung Oktober 2026.

Permulaan fasa ini katanya, menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei lalu.

“Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sehingga menyebabkan hujan lebat dan kilat.

“Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat.