Kuala Lumpur: Cadangan memperkenalkan pendekatan hibrid antara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terus menjadi perbahasan, khususnya dari sudut keberkesanan kutipan hasil, kos pematuhan serta kesannya terhadap perniagaan dan pengguna.
Pendekatan hibrid atau pengenalan semula GST masih memerlukan penelitian lanjut bagi mengelakkan sistem percukaian menjadi terlalu kompleks, terutama kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mungkin berdepan peningkatan kos serta beban pentadbiran.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, pelaksanaan GST belum sesuai dipertimbangkan ketika ini berikutan sistem SST sedia ada mampu menjana hasil setara dengan kutipan GST pada 2017.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmustaphashobri1_583636.png&w=480&output=webp&q=85&we)
