Barcelona: Sepanyol bakal mendapat suntikan motivasi tambahan menjelang pertemuan menentang England dalam aksi Liga Negara-Negara, awal pagi Isnin ini apabila dua tonggak serangan, Lamine Yamal dan Mikel Oyarzabal dijangka kembali memperkuatkan pasukan.

Kedua-dua pemain itu terlepas aksi ketika Sepanyol menewaskan Republik Czech 2-0, awal pagi tadi, namun pengendali Luis de la Fuente mengesahkan mereka dijangka menyertai semula kem latihan selepas ini.

Yamal sebelum ini berehat di Barcelona bagi menjalani pemulihan kecederaan lutut, manakala Oyarzabal berada di San Sebastian untuk menemani kelahiran anak keduanya.

De la Fuente mengesahkan Yamal kini berada dalam keadaan baik dan tidak sabar untuk kembali bersama rakan sepasukan.