NAIROBI: Kira-kira 520 rakyat Ethiopia yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah kini menunggu pelaksanaan hukuman itu di Arab Saudi, menurut kerajaan wilayah Tigray di utara Ethiopia semalam.

Ketua Biro Hal Ehwal Belia kerajaan wilayah Tigray, Hayish Sibagadis, berkata kebanyakan individu yang berdepan hukuman mati itu berasal dari wilayah berkenaan.

Beliau berkata, ada antara mereka yang dijatuhi hukuman mati selepas diperdaya orang tengah untuk terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah, manakala sebahagian lagi hanya menemani individu yang membawa dadah.

Beliau turut mendakwa kebanyakan mereka dibicarakan tanpa peguam dan jurubahasa, selain menggunakan bahasa yang tidak difahami.